Webinar Sesi Taklimat : Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbot AIFA kepada Petugas NADI

13 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Webinar Sesi Taklimat : Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbot AIFA kepada Petugas NADI menggunakan platform Microsoft Teams.

Taklimat ini telah disertai oleh Pengurus/Penolong Pengurus Sarawak, Sabah dan Labuan. Dalam taklimat ini, terdapat ucapan aluan daripada Ketua NADI office iaitu Dr Mohd Arif Adenan dan diikuti oleh taklimat Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbot AIFA oleh Jabatan Analisis Kandungan, MCMC. Pengurus/Penolong Pengurus telah didedahkan dengan latar belakang portal Sebenarnya.my, jenis-jenis artikel dalam portal, apa itu Artificial IntelligenceFast Check Assistant (AIFA), objektif utama AIFA, ciri-ciri AIFA, perbezaan AIFA dan Bot AI lain di pasaran serta hala tuju AIFA pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali